Thursday, May 13, 2010
Jangan Susah Kalau Susah
Assalamualaikum. Semasa aku masih kecil, aku tidak faham mengapa mak dan abah tidak memiliki peti ais. Sering aku bertanya, "Kenapa kita tak ade peti ais mak?" Cuma jawapan yang kuterima, "Kita orang susah..." Tapi aku tidak faham. Ketika aku melangkah ke alam persekolahan, mak menghantarku ke sekolah dengan motosikal buruk abah atau kadang-kadang basikal. Duit belanja hanya 20 sen. Apabila penjual buku datang ke sekolah, aku tidak mampu membelinya. Malah pernah aku tidak hadir ke sekolah kerana tidak punya wang untuk membeli buku. Malu dengan kawan-kawan. Pabila aku menjejak alam remaja, baruku faham... "Aku orang susah." Jika aku lihat di masa lampauku, sebenarnya, sering aku dihina kerana aku seorang anak orang "susah". Aku sedih. Sering menangis mengenang nasib diri. Di lain masa, akan kutitipkan kisah-kisah silamku yang banyak mengajar aku menjadi seorang insan. Dan kini aku sedar, sedari kecil, aku bukan orang susah, tetapi aku seorang yang kaya dengan perasaan dan cita-cita. Alhamdulillah... terima kasih mak dan abah. Hidup kita selalunya bahagia kerana kita kaya rasa sayang dan pengorbanan.
Subscribe to:
Posts (Atom)
